Thursday, November 07, 2002

orang asing

orang asing, aku di segala tempat
di sejengkal demi sejengkal yang enggan menerima
tiada lagi bersahabat semua teduhan

orang asing, aku di segala tempat
diresap pengembaraan yang tak mengenal jalan pulang
hidup yang tiada bertaruh lepas dari duka
dan undi resah terus terpungut di setapak
terperangkap cemburu
hangus semua sandarku

tak lagi aku mencari keriuhan sahabat
atau menghampiri gelak hangat nya
di keramaian aku teramat kesepian
hanya di kesendirian sepi setia menyambutku